Seperti yang dijanjikan, nak cerita pasal our first date. sambungan dari
entri sebelum ni.
Our first date bermula setibanya saya ke Kolej Dato' Onn, Uitm Machang dari Kuala Lumpur. Kebetulan saya MC hari tu jadi tiada kelas yang perlu dihadiri. Incik Apex pula kebetulan tiada training hari tu. Memang macam dah ditakdirkan je kn?
Plan asal kononnya nak keluar tengah hari. tapi on the first date My Incik Apex(MIA) dah bagi bad impressions. dia datang lambat! lambat beberapa jam lak tu! Dia sampai lebih kurang pukul 2. lambat pon sebab kakak dia guna kereta. Dah la travel dari Kota Bharu ke Machang amik masa lebih kurang 45 ke sejam. dah lambat tu bertambah lambat la kan...
"Ok.ok... nasib baik dia ni bukan bf aku, kalau tak.. siaplah!" bisikku..
Sampai2 je dia call.
MIA: Dah nak sampai ni.
Elia: Ok2. i turun skrg, u dtg naik ape? i mean keta colour ape?(xnak dia salah faham, so cover line baik punye)
MIA: Owh. Lori puteh.
Elia: (owwhh.. lawyer buruk plak dia).. OO..Lori puteh ye..Ok2
Tak lama lepas turun, nampak this car. tingkap tinted. mamat kat dalam pakai spec ala2 macha perasan macho dalam gambar haritu je. hm.. redah je la. saya pon dengan muka setebal buku teks bahasa melayu tingkatan 3 pon buka pintu kereta dan menyapanya dengan senyuman iklan darlie. kalau kena sinaran matahari mesti silau. sebab saya masih ber-braces ketika tu. hm. bila fikir balik mungkin sebab itu dia pakai spec hitam. T_T
Elia: Hye! sorry tadi tak perasan pulak "lori putih" ni.. huhu(pulang paku buah keras)
MIA: tak apa..
::Ni gambar hiasan semata-setelah beberapa bulan couple::
Yang kelakarnya sepanjang perjalanan ke Kota Bharu tu sunyi je. yang kedengaran hanya radio yang dipasang. masing2 tak ada idea nak bual apa. soal sepatah, jawab sepatah. jawab sepatah, tanya sepatah. pastu senyap balik. cengkerik pun mula menyanyi riang. biasa la awal2 masing2 malu2 kucing nak kena hempok kat dinding. sekarang ni kalau naik kereta tak pasang radio pon takpe. borak mengalahkan dj radio lagi. potpet potpet xreti nak diam.
:: Ni gambar 1st amik dalam kereta. pon slps beberapa bln cpl. Malu2 pon tetap pose ::
berbalik kepada cerita first date kitorang ok? sampai2 KB, apex bawa saya pergi KB Mall. duhh. where else? sampai2 je kitorang jalan2 then terus ke food court tingkat atas. tak boleh belah je masing2 cover line. mmg awkward giler la that situation. MIA order Nasi Goreng Thai, saya order Nasi Putih Paprik Ayam*.
Masa tengah syok2 makan tetiba saya teringat sesuatu yang buat saya tergelak kecil. sila bayangkan gelak kecil dalam keadaan coverina.
MIA: (muka pelik) Nape ni?
Elia: takde.. i teringat something yang Zamir kata.
MIA: dia kata pasal apa?
Elia: pasal u la.. =)
Sebaik je MIA dengar kata2 I tu muka dia terus berubah. wajah yang putih melepak tu terus bertukar jadi merah. MIA tersipu tersenyum malu. (agaknya dia dapat tangkap apa yg zamir bagitahu saya)
::Mcm ni la lebih krg muka dia blushing.. xde gambar real jadi edit merah saje..hehe. jgn mrh ye syg! seriously cute la u blush.. i suke! hehe.opps terlebih gediks suda!::
MIA: I dah agak dah mesti zamir bagitahu benda tu. siot tul mamat tu. adoi. *malu*
Elia: Hahahaha!! kelakar la u ni.
disebabkan taknak dia terus malu dan spoiltkan our first date, saya cepat2 tukar topik. mesti dia malu besar tadi kan?
Lepas je scene tu kitorang mula rancak bercerita. Banyak benda yang diborakkan. tak ingat dah soal apa. Lepas habis makan kitorang pon head back to Machang. another long journey back. borak-borak pon masih rasa jauh perjalanan tu.
Sampai2 Uitm, lepas saying goodbye saya pon balik ke bilik.
Terus terang masa tu memang takde feeling pon kat MIA ni. maybe sebab dia lewat dan masing2 rasa kekok dan seolah2 takde kimia diantara kita.. wah.. cam lagu la plak! tapi memang saya rasa macam tu. rasa macam mamat ni boring je. tambahan pula dia nk berstatus "pemain bola". sebelum ni mmg sy xpernah ada pengalaman ngn football player n from what i heard most of them are real "players".. playboy la senang kata..
Tapi ternyata insan bernama Khairul Fahmi Che Mat ni lain dari sangkaan. bila dah kenal lama barulah saya tahu rupa-rupanya sebab MIA ni pada asalnya bukan seorang yang romantik. dia pon hanya pernah couple 2-3 kali je seumur hidupnya. tu pon sekadar cinta monyet je. Sekarang barulah dia temui his true love, First Love n Soul Mate katanya.. Allahualam..
Ceritera Cinta FahmiElia tak berakhir disini. Ceritanya bertambah menarik pada part 3 (Date yang seterusnya) bila Elia "kenakan" Incik Apex beberapa kali semata2 nak menguji kejujuran dan keikhlasan dia. Memang unik dan kelakar ceritanya. tak sabar nak abadikan cerita ni kat dalam blog ni yang akan dikongsi bersama korang pembaca semua. Harapan saya, satu hari nanti coretan2 ceritera cinta ni akan menjadi tatapan anak cucu kami. (andai kami dijodohkan). amin..
*Antara saya dengan MIA ni, saya agak "mak nenek" sikit.. nyanyok memanjang. MIA yang selalu ingat tarikh2 penting, i pakai baju apa ms 1st jumpa, apa yang I cakap dan termasukkan menu apa yang kitorang makan masa 1st date ni. kalau nak harapkan aku mmg tak lah nak ingat. asyik terlupa je. susah kan nak cari bf cmni? kadang tu dia yang ingat counting brape hari dah kitorang couple. aku yang letak "Daisy Path" kat blog pon kdg2 terlupa. Hebat kan My Incik Apex?