Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Thursday, December 16, 2010

Hampiri final


SAFEE SALI (kiri) muncul wira apabila menjaringkan kedua-dua gol Malaysia pada perlawanan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


MALAYSIA semakin hampir untuk mengakhiri kemarau 14 tahun melangkah ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 selepas menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kedua-dua gol Malaysia itu dijaringkan penyerang Selangor, Safee Sali pada minit ke-60 dan 79 bagi memberikan bekalan selesa untuk aksi kedua di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

Beraksi di hadapan 50,000 penyokong sendiri serta 3,000 penyokong Vietnam, aksi kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama kurang ‘keganasannya’.

Namun, kapten Vietnam, Nguyen Minh Phuong menghadirkan bahaya menerusi rembatan kencang dari luar kotak pada minit ke-15 dan sepakan percuma minit ke-44 tetapi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cemerlang menafikannya.

Corak permainan Malaysia berubah sebaik babak kedua bermula setelah jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal memberikan arahan dan strategi terbaru di bilik persalinan ketika waktu rehat.

Gol yang dicari menjelma pada minit ke-60 menerusi tandukan kencang Safee hasil sepakan percuma kapten, Safiq Rahim dari sebelah kanan yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong.

Bagi menambah sengat di barisan depan, Rajagobal memasukkan Amri Yahyah bagi menggantikan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-67.

Perubahan tersebut berhasil apabila gol kedua Malaysia hadir, sekali lagi dijaringkan oleh Safee pada minit ke-79.

Biarpun Vietnam cuba mengasak gawang Malaysia pada 10 minit terakhir permainan, namun Khairul Fahmi tetap sukar ditewaskan.

Satu lagi aksi separuh akhir pertama akan menemukan Indonesia dengan Filipina akan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.


credits : Kosmo

6 comments:

twinkle'lilis said...

Wohaaa!M'sia hebat lah ;')
and theres no doubt yg ABG APEK u tu hebat!hihihi..bile die je jage gol mesti terjamin gol m'sia,bile kasi org laen jaga mmg teros bolos lah.

Haa Fakihah said...

semangat ngadap tgk bola dpn tv sb dh tau mesia mst menang.

SEVEN. said...

smalam saye gi tgk, BEST BEST.
hebat la abe apex akak tuu:D
haha,akak pegi sokong dekat hanoi nnti takk?HEEE:)
thnks follow:D

nur amni syairah bt zulkifli said...

tahniah mlysia ! ! =)
btw..
best la follow blog kak elia ni . . .
moga jodoh korang brpnjgn hngga ke akhir hyat . .
AMIN...

Elia Si Jejariruncing said...

twinkle:thanks..akak pon cm xsangka kehebatan dia camtu skali. dulu mula2 knal dia xdiberi peluang bermain

k.ha: mmg best tgk bola yg akan menang ni..xrugi tgk

Elia Si Jejariruncing said...

seven: smlm awak jgk? best kn? br sy tau keseronokkan tgk kt stdium ni.xsma ngn tgk kt umah..kt Hanoi akk xg. tunggu drg main sini lg la br leh g tgk

nur amni: tq dik..mudah-mudahan kami kekal smpai akhir hayat.amin

Blog Widget by LinkWithin