Thanks For Viewing My Blog =)

Thursday, December 9, 2010

Kisah Malam Pertama

Amboi amboi amboi.. dengar malam pertama laju je click yee..

hehehe.. apa apa pon i like your "perasaan ingin tahu". becoz that makes your view my blog kan?? dah dah terlambat nak patah balik.. i seee u.. 0_0/



Sebenarnya bukan nak cerita kisah malam pertama yg "tu"..

tapi ni kisah malam RAYA pertama saya bersama My Incik Apex. bukan raya puasa. tapi raya Korban atau Raya Haji.

wah.. tak kawin lagi dah ada malam RAYA pertama? *jangan sesekali sebut tanpa perkataan raya tu ye*..ye lah. tahun lepas malam raya dia kat Kota Bharu. Saya pulak kat KL. Tahun ni disebabkan MIA terpilih untuk ke Guangzhou,China untuk Sukan Asia jadi dia mendarat ke Malaysia pada malam raya tu.


Sampai2 dah lewat. call tiket flight nak booking tiket balik KB dah sold out. nak g kat kaunter. kaunter lak dah tutup. check online pon tiket dah yillek(takde).

"So nak bt camne, terpaksa beraya kat KL la i thn ni", kata MIA dengan nada hampa+kecewa

"Alaa.. xpe la, bole raya umah i je. kitorang esok pagi gerak g Nilai. u leh join sama" gf yang baik mesti pandai pujuk bf yang tengah hampa+kecewa. huhu. padahal excited dengan harapan MIA dpt beraya same2 ngan i! huhuhu*gelak setan*


Namun, kegembiraan si gadis yang gelak setan di dalam hati tu hanya sementara. tup-tup tak lama lepas tu si boyfren ni kata dia dapat balik jugak malam tu tumpang kawan dia yang kebetulan nak balik. so mereka akan bertolak pukul 3pg untuk elakkan jem. tu laa.. jahat lagi, kan dah kena! Buhuhuu T_T


So sebelum hantar MIA ke tempat pick-up yang dijanjikan, me, my mum n My Incik Apex went on a Lemang hunt.

OPS LEMANG.huhuhu.
lokasi sekitar Keramat & Setiawangsa.



::Jusco sunyi malam raya::



Mula mula stop at this shop depan Jusco Aeon AU2, tapi lemang xabes masak lagi. kena tunggu pukul 3pg baru siap masak. adoiyaii.. lamanyaa..


then otw nak patah balik kat round-about AU2 tu kami ternampak sebuah khemah.

"Haa.. kat situ, kat situ ada lemang!" aku menjerit macam nampak Shah Rukh Khan depan mata.





Datang2 mulanya aku yang tanya kat abg tu lemang ada lagi tak. dia kata ada tapi kena tunggu about stgh jam kalau nak. "kalau tak tunggu xde lah!" amboi, kekwat nye abg..then xlama lepas tu MIA keluar kereta. tang-tang tu terus tukar slang kelantan lak abg tu...


"Ha.. kalu abe nok buleh tapi gak keno tunggu menta la. menta jah. 15minit lagi dey siap. kito wi"

aik.. aku dengar td 30minit. ke aku yang salah dengar?

kami pon duduk la tunggu. kata 15 minit kan..




::MIA n Mom::



::lekanya dia tengok org tu buat lemang::




::bukti drg ni org kltn? cube tgk btol2 pic ni, nmpak botol budu x?::





::MIA test rasa macam nak bedal sepapan je!::


Akhirnya kitorang pon berjaya membeli 5batang lemang untuk MIA bawa pulang ke kampong halaman. kat kelantan susah kan nak dapat lemang? haritu nak cari punya la susah.


sebelum balik kitorang singgah lepak kat kedai mamak Ali Bistro. kat situ kitorg sampai2 je semua pandang macam kitorang ni alien baru mendarat dari Marikh. rupa-rupanya mereka ni kenal MIA. ada segelintir yg berani tu dtg tegur.

"Baru balik dari China ke?"


"A'ah.Baru je sampai. Panas dari ketuhar lagi. (hot from the oven)"


Lepas dah abes lepak2 i pon g la hantar cik abg kite ke Taman Melati. then member dia sampai terus drg bertolak balik ke Kota Bharu. sampai rumah around 8 pagi. pagi-pagi raya tuu. semangatnya org tu nak balik beraya kat rumah.huhuhu

8 comments:

Marya Hana said...

oi sempat lagi kaw update blog ann.. ~ mentang2 flight apex delay..

Elia Si Jejariruncing said...

dah duk umah mengadap laptop je apa lagi?? blog la..hehe

Haa Fakihah said...

aah kt cni susah nak cr lemangggg. jrg org buat. :DD

Anonymous said...

elia,boleh cek email???saya perlukan beberapa maklumat tambahan...

thanx...

zafa said...

salam elia,sy ni salah seorang big fan apek.saya suka bca blog ni sebb menceritakan serba sedikit tentang apek,tentang kisah2 peribadi beliau.player lain mana ada crita2 macam ni..nk mintak tlg sket ni,leh x tlg dptkan satu jersi apek utk saya?bukan ape,saya ni minat brg2 rare n jersi goalkeeper ni xde jual.dapat jersi apek bersama tandatanagn yang musim lepas lagi bagus,,kalo kena bayar,jgn bimbang,saya bayar kos penghantaran dan harga jersi,,
p/s:kim salam kat apek.

zafa said...

salam elia.kalo boleh balas eh nnti.saya benar2 mengharapkan jersi apek tu..tq

Elia Si Jejariruncing said...

zafa: pasal jersi musim lepas dah xde. time final lps game dah ada penyokong yg tglkn(rebut) jersi dr bdn dia.. so nk xnk terpaksa bg.. jersi keeper sgt limited xmcm jersi player lain yg ada byk.so setiap jersi tu sgt brhrga bg apek dimana dia akan simpan bt kenangan. kalau nk glove tu bole lah. tu pon ramai fans dia yg minta nk jgk. so untuk berlaku adil pd smua, nnti sy akan bt contest atau lucky draw khas buat fans dia yg nk glove dia pakai + signature 4 personal collection. nantikan ye..

بسم الله الرحمن الرحيم said...

lorh aimie dok kat keramat ke?.....sal x bawa mia jejalan uptown stwgsa...!da dekat tuy

Blog Widget by LinkWithin