Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Friday, December 31, 2010

Elia dan Fahmi tangguh tunang.

Semalam seperti biasa pergi ke FAM untuk mengambil My Incik Apex pulang. Namun setiba je di lokasi dinyatakan, MIA dah macam PM je.buzy je memanjang hp dia berdering je hampir setiap masa. ada je org yang tepon. sabar je la. (nape setiap sentence kau mesti ada perkataan "je"?)mak cik supir ni pon tetibe terkena tempias KFCM apabila saya juga turut dihubungi seorang reporter. Abg Zaki dari Berita Harian. Sebelum ditemu bual saya minta izin my Incik Apex dan dia benarkan. mula plan nak temubual kat tepon je.,
then tak lama lepas tu abg Zaki minta utk cakap ngn apex. so i passed the phone 2 him. then dia kata otw balik ni kena singgah ke balai berita Berita Harian.

kononnya diorang nak interview apex


ayyoyyoo.. cuaknya.. i yang follow ni kang diorang tanye macam2 lak saya bukan pandai sangat nak jawab2 soalan cepucemas ni. takpe nak buat camne ikot je. sebab ingat diorang nak interview apex je kan. tup tup.. ngan saya saya sekali..






nak baca boleh beli paper Berita Harian harini ye.



p/s: jap lagi nak teman MIA ke studio Nasi Lemak Kopi O kat Damansara. mok cik supirman merangkap bibik iron baju ni tak pasai pasai jd PA la pulak. hehe. saksikanlah KFCM ditemuramah di TV9 japgi ye..


Ohwellwhatevernevermind: someone once said to me - "Haterz only hate ppl they cannot be or ppl they cannot have.."

Thursday, December 30, 2010

FAFAU..




GOTCHA! I SEE U..HEHEHE..

thanks kak Fafau..


tapi malu la akak bk my blog yg hudus ni..!! love u~!!


- tadi pagi bangun buka 8tv terkejut tengok Fafau tunjuk my blog kt tv! owhh.. kak Fafau nak kantoikan saya yee... dah la tukar nama Farah Fahmi! hehe. saya tak kesah pon kak. jgn marah saya lak. btw sy rasa beruntung sangat kak fafau sudi menjengah ke blog sy yg tak seberapa ni. thanks ye..

Biar Betul?!






Tiba tiba saya diserang penyakit pelik.

badan rasa seram sejuk macam nak demam. tangan menggigil macam kena parkinson, jantung dup dap dup dap kalau motorboat. nak buat apa pon cam agak susah.

nanti. nanti dulu. sebelum korang terus geledah rumah cari no tepon tok bomoh ngempreng ngemprom, sebenarnya Elia ni bukan diserang penyakit pelik buatan orang. eh, memang la benda ni buatan orang tapi bukan macam main sihir or whatsoever.

saya jadi camni sebab ditimpa penyakit demam terkezut. bukan terkejut tapi terkezut. beruk pon tak terkezut camne saya terkezut tadi. eh, eh bukan terkentut ye. terkezut saje.

terkejut sebab

1. Blog saya tiba-tiba diserbu orang ramai. mungkin ada kaitan dengan blog entry beberapa blogger yang telah discovered my blog n my status as Khairul Fahmi Che Mat atau nama manjenya KFCM(bukan KFC Malaysia ye!). memang tak sangka n tak jangka langsung blog saya dapat sambutan mengalakkan macam ni.


2. Tiba-tiba friend request account personal fb saya jadi penuh (500 org add) sampai orang lain tak boleh add dah. message inbox saya juga penuh dengan msg2 dari ramai orang yang minta saya add sbb diorang xdapat nak add saya. -sorry ye korang, masih dlm keadaan terkejut dan xdapat nk bt apa apa lagi bt ms ni. otak hang .pfft.


3. Balik dari lepak kedai mamak tadi, buka buka blog tengok 100 comments. 0_o. terbeliakk bilik mato den nengok. tak pernah seumur hidup dapat 100 comments kat blog dalam satu masa. dan setiap kali approve, amount tu bertambah. lengoh tangan den ni. dah la gigil2 pon gagahkan diri approve =p


4. Follower blog pon mencanak naik sampai 1000+++. aiyooyoo amma appa. kadawaaleyy! terharu+terkezut+happy+takut semua ada.. memang tak tercapai dek akalku. sorry kak elyana, pinjam tagline kejap ye.


5. Yang paling membanggakan ofcuz la my lovely boyfriend yang nama dia lagi teeerrrruk mencanak-canak naik. sampaikan dia termasuk dalam antara nama yang paling banyak disebut dalam Twitter. sampai listed among the top trending. Oh yeah. fyi, saya ada account twitter tp tak active. Apex pula xde langsung account twitter. tauuu.. xyah ckp. dah suruh dah dia buat tp dia xnak. katanya "yang account fb pon i tak ter-update n terjaga, sampaikan kena minta u tolong buatkan semua, lagi nak i buat twitter ni? xpe la. fb je la. pening banyak2 ni"


So begitulah ceritanya lebih kurang. sorry sangat2 kat sesiapa yang comment suruh gi check blog dia. xsempat. nanti saya ada masa saya check satu2 ye. thanks anyway for everything. this is really overwhelming. tapi semua ni akan datang dengan harga (come with a price). dalam banyak yang suka kita mesti akan ada haters. well biasa la tu. tak semua akan suka apa kita buat. so awal-awal lagi mental kena ready.


Check this out - http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=553265




Tak jeles ke?

buat pe nak jeles. i should be proud of him. its an accomplishment






Hey..hey tak jeles ke?

laa.. nak jeles buat pe? Ok la tu *curik tagline siti saidah lak*





hai amoi aahh.. lu tatak jeles ke?

hmm..errr takk pown







weyh.. mu tok sero jeles ko gini?

huhuhu.. dop pown. btw, sape ek anith ni? sowwy sy ni kuno skit.




tak jeles ke sampai artis indon minah dia?

gullpp *telan air liur cam telan batu* hhmm.. takkk kot





tak jeles ke? Nora Danish tu. janda meletop. comel lak tu


gullpp ... waaa.. jelesss!!! takmo kawan ngan awok dah khairul fahmi!!!! *guling-guling atas katil*



then tak lama lepas tu..


*teeett teeet*


dapat message dari My Incik Apex. ye bunyi teet teett je msg sbb pakai hp murah je.


"Sayang! we are the Champion! tak sabar nak balik nak jumpa ngan u b rindu u sangat2, tak sabar nak celebrate dengan u esok.. kim salam kat semua ye"


awww.. napa awak sangat manis?? terus cair.. tak jadi nak marah. ok ok. kite kawan balik


*high five*

p/s: MIA tak tau lagi pasal benda ni semua. kalau dia dapat tahu esok lepas saya bgtau mesti dia terkejut n tak percaya.

p/s/s: Harini merupakan our Anniversary yang ke 1 tahun, 4 Bulan n 3minggu. So 1+4+3= I Love You~!! mwah.. i love u syg n hope our relationship will last forever n ever..

Tuesday, December 28, 2010

Laser oh Laser




::ramai cadangkan mereka pakai spec itam mcm James Bond::


Malam ni adalah malam penentuan siapa JOHAN yang akan bawa pulang piala AFF Suzuki 2010. semua orang harapkan Malaysia akan menang. tapi kita semua tahu indonesia takkan berdiam diri sebab kekalakahan haritu. macam-macam ancaman, kekacauan dan ugutan mereka buat kat skuad kita. sampai ada yang nak pakai bomoh n laser segala bagai. saya pon report la kat My Incik Apex pasal ni. dia balas melalui SMS:


" B ok. kat sini mmg byk ancaman dr drg. drg xpuas hati psl klh. pastu sabitkn laser. kitorang duk hotel pon xbebas. nasib baik ada bodyguard jaga kitorg. kitorg training pon kat hotel je xleh training kat padang, mental kitorang mesti kuat.."


So mari la kita ramai-ramai menadah tangan dan berdoa keatas keselamatan mereka dan kelancaran permainan. semoga kita peroleh kemenangan mutlak. aminn..




::kesian diorang kena training kat laman hotel je ::


p/s: as usual dibwh ni link blog yg reffering to my blog. check it out. leh ramaikan kawan=p


1. eesyaheera -comel n simple blog dia. siap ada biodata KFCM lagi

2. Nynye - aduhh...seksi ke KFCM tu?

3. perempuanmanis - siapa ada diabetes jgn bkk. hehe. gurau je!

4. Lienda - kena jemput kenduri kawin ek?

5. Izyanti - tajuk dia memang bikin gempak!


Antara semua yang paling menyentuh hati adalah entry bawah ni. written by my long lost fren AMALINA. kawan nangis sebantal, tidur sekatil about few years back. makcik, u jgn ingat wa atak lupa sam lu arr! wa tatak lupa punyerr. cuma nyanyok cikit je maa.. hehe


http://amalinamoshi.blogspot.com/2010/12/long-lost-friend.html

Love you guys so much. sorry la incik apex, lu kena berkongsi kaseh dengan ramai olang-olang diluar sane. lu jgn lisau. wa cinta matik sama lu! lu main baik baik ye. wa mau lu bawa balik itu halimau.. ehh bukan bukan. lu kena bawa balik itu piala wa mau cium. boleh?


pesanan buat JUPE: lu ingat wa punye nan pengyou(bf) lapar ke nak tengok lu punye fake boobs? solly lorry stoberi la. player Malaysia takkan buta mata dengan lu punye "laser" tu la.. haiiyaa.. ham sap looww..


Fenomena TsuFahmi melanda






Dulu masa saya mula-mula couple dengan My Incik Apex, ada jugak yang ragu-ragu dengan hubungan kami dan status dia sebagai pemain bola(yang ketika tu hanya duduk di bench).

"kita rasa kak ya dengan apex takkan kekal. sanggup ke kak ya nak kawin ngan dia? sebab dia macam takde masa depan la"

sampai sekarang saya ingat kata-kata tu. ia sangat mengguris perasaan saya. tapi i just kept it to myself. biar la apa orang nak kata. kalau kita betul-betul sayang orang tu, kita sanggup hidup dengan dia biar susah mahupon senang. saya pegang kata kata tu dan Alhamdulillah saya bahagia dengan pilihan saya. tak pernah sekalipun saya menyesal kenal dengan insan bernama Khairul Fahmi. tak pernah pun sekali saya kesah walaupun ketika tu tak pernah dengar atau tengok dia turun padang.

Namun, betapa besarnya kuasa Allah.. sepulangnya dia dari "Rumah Allah", segalanya berubah. Alhamdulillah rezekinya murah dan dia tak pernah berhenti bersyukur atas nikmatNya yang tak terhingga.



::ketika melakukan umrah di bln Ramadhan lalu::






:: Di Jabal Rahmah ::





::Terharu MIA sanggup g sini smata2 utk doakan jodoh kami ::



agak memeranjatkan bila nama KHAIRUL FAHMI CHE MAT menjadi buah mulut satu Malaysia ni. termasuk negara jiran sekali. Popularitinya melonjak naik macam roket berenjin turbo(weh,ada ke?hyperbola sungguh). Kalau dulu bukan je nama, rupa pon orang tak kenal. tapi sekarang sampai kecoh namanya disebut-sebut kat Twitter, Facebook, tmblr, blog, forum, berita, dada akhbar, radio dan macam-macam lagi medium.

Tidak tercalit sedikit pun niat dihati nak berlagak. jauh sekali untuk bermegah. cuba rasa kagum bercampur pelik dengan perubahan ketara perhatian yang diberikan kepada My Incik Apex ni.





1. kalau check kat blog stats, nama Khairul Fahmi Che Mat la yang paling banyak dicari. ni based on the referrals atau keyword yang di-google oleh anda. selain tu, banyak juga rakyat kita update status pasal bola dan perlawanan Malaysia menentang negara lain.


:: keywords yg di-search utk minggu ni::


2. fans kat fanpage facebook dia yang di-create tak sampai 3 bulan dah mencecah 42 ribu. sangat diluar jangkaan kami. sampaikan ramai yang mengaku sebelum ni tak minat tengok atau nak amik tahu pasal arena bola sepak negara kita. sekarang dah boleh dibanggakan. akaun2 fake fb beliau pon makin ramai.



::ni tak ingat sape bg gmbr ni kt fb::


3. Namanya disebut-sebut di media massa dan elektronik. sampaikan hampir setiap hari saya kena keluar cari paper. (sebab saya diamanatkan oleh My Incik Apex untuk kumpul semua gambar atau artikel pasal dia yang keluar paper). penuh dah hampir 2 album. tu pon banyak lagi yang tertinggal tak sempat nak beli. hehehe. sorry ye syg!


4. Setiap kali keluar, banyak mata yang akan memandang dan ramai yang menegur. mungkin sebab muka dia orang senang nak cam kot. pernah tu dia pakai topi konon nak under cover pon orang perasan jugak. pada mulanya memang apex malu sangat tapi lama2 tu dia dah ok skit. kadang-kadang kita malu orang ingat kita sombong. so i nasihatkan dia, layan peminat dengan baik.


5. Telefon jadi semakin busy. nak dating pon asyik terganggu je dengan phone calls. ntah sape2 je yang call. kadang-kadang kalau dia cakap lama tu dengan wartawan yang nak interview. baru saya tahu rupa-rupanya artikel yang orang tulis kat paper tu tak semestinya orang interview face-to-face. via SMS pon ada tau tak? wahh.. jakun saya kejap



::masa ni kesian cashier dia tunggu lama kat kaunter. sorry arr miss!::


Setakat ni tu je la yang saya perasan. so far tiada sebarang perubahan dalam diri My Incik Apex walau dihujani populariti. dia tetap fahmi yang dulu. tak berkurang sedikit pon layanan atau kasih sayang dia kat saya. bahkah, lebih baik dari hari ke hari. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kehadrat Illahi atas limpah dan kurniaNya kerana menemukan kami. Semoga Kau pelihara hubungan kami dan lindungi kami dari sebarang perkara yang tak diingini.. Amin..




:: Syukur Alhamdulillah ::




OhWellWhatEverNeverMind: perkara paling saya terharu sekali, ketika MIA pulang dari umrah dijemput oleh saya dan keluarganya. Sampai je kat rumah malam tu kami solat beramai2 kat ruang tamu diimamkan oleh apex. lepas habis baca doa saya mengalirkan air mata sebab terharu. pertama kali saya solat berimamkan boyfriend sendiri. Ya Allah, semoga dia akan menjadi "imam" dalam hidupku selama-lamanya...




Di Stadium Bukit Jalil 26 Dec 2010- Malaysia 3- 0 Indonesia


Sorry lambat skit hapdate gambar tengok bola Ahad lepas.


Kali ni taknak banyak cakap. just more pictures untuk tatapan korang. boleh kan?

ok la. saya cite sikit2..

jom cekidaudd!





Ahad tu kami ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan Final AFF Suzuki Cup antara Malaysia vs Indonesia. walaupun kami dapat pas parking VIP, kami tetap bertolak awal. takut jem. kul 4 ptg kitorang dah gerak. kul 4.30 lebih kurang dah sampai stadium.




::Aizat(adik),Me,Nurul::









Awalnya memang la kami pergi ber5. tapi sebelum masuk stadium, seorang hamba Allah ni bila dah jumpa bf dah tak ingat kawan. awal-awal je plan nak duduk sekali la, nak sorak sama-sama la. tup-tup dia g duk ngan bf dia. kita yang bagi tiket free kat dia ni terpinga-pinga bila dia slamber derk je buat camtu. hurm.. susah gak orang yang bila dh ada pakwe ni lupa kawan-kawan. nanti dah kena tinggal dek bf tu br la teringat kat kwn ni.. btol tak?



Dah la malas nak sentuh pasal ni lagi. kita teruskan sal tengok bola ye. tengok bola.



:: Me n Nurul ::

haha. kami semangat sampai conteng2 mata konon nak buat cam mata rimau. tapi camni hasilnya. dua-dua saya punya kerja. mula-mula makeup diri sendiri pastu nurul. but i like Nurul's one better. huhu







auummm... Harimau mengaumm..




::Suasana stadium dalam kul 5 tu ::








::Bunda n ajat::





Hahaha.. ni memang tak plan. yang plan dari awal sebenarnya nak tampal sticker bendera kat pipi. sebelah kiri bendera. sebelah kanan sticker "I heart Malaysia "




Malangnye sticker perkataan "Malaysia" tu tak lekat pulak kat pipi saya yg gebu ni. then Nurul bagi suggestion.. "apa kata u tulis nama APEX je kat pipi u tu pakai eyeliner. meh i buatkan"





So inilah hasilnya! hehehe..






Kebetulan seat kami ni sangat muhibah. kenapa pulak muhibah? sebab yang duduk belakang kitorang berbangsa cina, depan kitorang lak india. very the 1Malaysia. huhu




memang bangga la sebab bukan je bangsa kita, bangsa lain pon sokong bola sepak kebangsaan. bukan tu aje, mat salleh, arab n lain negara pon ada yang datang sokong malaysia siap pakai jersi Malaysia lagi!




PROUD TO BE MALAYSIAN




masa ni derang kua skejap je tunjuk muka. masa ni nampak My Incik Apex tercari-cari kami. then bila dia dah nampak dia lambai2. masa duduk kat bench tu pon dia toleh belakang tata sorok2 kat arak kitorang. hehe. sangat comel okeyh..








Sementara tunggu game nak start ada persembahan dari Rod Steward. tak tau la ni betul dia ke tak. tapi best la persembahan dia.




Tak lama lepas tu Along (kakak zamir) datang. kami ajak dia join duduk ngan kitorang sebab kesian dia datang sorang-sorang je tengok bola.

















memang best lah tengok bola dengan perempuan2 ini. sangat happening! masing-masing memang sangat suka tengok bola jadi best sgt2!!!
























Stadium dah penuh bila game nak start


























Yeeeaahhh.. GOL 1-0~!!






Memang happening sangat crowd kali ni. memang best tak hengat2 punya. siapa yang tengok bola ni kat umah mmg takkan rasa keseronokkan bersorak kat stadium macam ni. best! (brape kali nak ckp best ni?)






Goal 2-0 pulakk!!



























pewwiitt.. yg baju maroon tuu.. wink!




masa ni penyokong Garuda dah ramai balik. mungkin dah tau yang mereka akan kalah
















I love this girl's spirit! she's awesome. memang kaki bola. tengok n bersorak gile2 laa.. sampai panjat atas kerusi tu. orang lain dah duduk pon dia tetap berdiri. semangat betul. memang best tengok bola ngan along ni!




















At last.. we won!! 3-0 babey!














:: just right after dia sujud syukur ::























Seperti biasa lepas game kitorang gi amik My Incik Apex and gi lepak minum kat kedai mamak ni kat area petaling.















Blog Widget by LinkWithin